Latar belakang Manon_Lescaut_(Puccini)

Manon Lescaut adalah opera ke-tiga Puccini yang juga opera pertama yang menempah nama beliau di arena opera dengan kejayaan yang gemilang.

Penerbit beliau tidak bersetuju dengan projek ini kerana opera ini telah pun dibuat oleh penggubah lain seperti Jules Massenet untuk opera yang sama berjudul "Manon" yang telah pun terkenal. Dalam masa yang sama, penggubah Perancis, Auber Daniel juga telah menulis opera ini dengan tajuk yang sama "Manon Lescaut".

Walaupun telah diingatkan berulangkali, Puccini tetap dengan pendiriannya untuk mempersembahkan opera ini. Menurut beliau, "Manon ialah seorang heroin, oleh itu beliau tak akan gagal menawan hati orang ramai. Mengapa tidak boleh ada lebih dari satu opera mengenainya? Perempuan seperti Manon boleh mempunyai lebih dari satu teman". Beliau menambah, "Massenet ialah seorang Perancis dengan gaya beliau, saya ialah seorang Itali dengan perasaan yang penuh berahi"